1. Masyarakat  berpendapat pembelajaran anak-anak di SBP merupakan wadah terbaik untuk  menjadi insan yang cemerlang. Ini menyebabkan wujudnya persaingan yang sengit dalam kalangan masyarakat pada hari  ini untuk menghantar anak-anak mereka ke SBP.
  2. Murid-murid SBP terdiri dari pelbagai latar keluarga dari yang berpendapatan rendah, sederhana hinggalah ke taraf profesional. Keadaan ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan di dalam pergaulan seharian sehinggakan murid-murid yang kurang berkemampuan merasa rendah diri, kurang berkeyakinan dan lebih suka menyendiri.
  3. Kolokium Kecemerlangan Murid Projek Khas diadakan bagi membantu murid-murid yang kurang berkemampuan ini untuk meningkatkan keyakinan, keazaman dan jati diri agar dapat bersaing dengan rakan mereka yang lain.
Go to top