1. Membina kefahaman dan menghayati peranan serta tanggungjawab sebagai Murid Projek Khas di SBP
  2. Menanam sifat berterima kasih dalam kalangan Murid Projek Khas terhadap bantuan-bantuan yang telah diberikan oleh  Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak-pihak lain seperti guru, PIBG, Alumni dan sebagainya.
  3. Meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi untuk menjadi insan yang cemerlang  dalam  bidang akademik dan kerjaya di masa hadapan.
  4. Menjadi platform terbaik menjalin silaturrahim serta bertukar pendapat antara murid SBP seluruh negara di samping menyediakan ruang dan peluang mempelajari dan mengenali Alumni SBP yang telah berjaya untuk dijadikan contoh dan teladan serta menjalinnetworking apabila ingin memulakan kerjaya kelak.
Go to top