Sekolah Berasrama Penuh (SBP) telah dicadangkan penubuhannya oleh Allahyarham Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak bin Husein semasa beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran pada awal kemerdekaan negara ini. Tujuan utama penubuhan SBP ialah untuk menghimpunkan murid-murid Melayu yang cemerlang dari kawasan luar bandar ke sebuah sekolah yang lengkap kemudahan serta kondusif persekitarannya.

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan  bagi memastikan anak-anak Melayu yang cemerlang ini memperolehi pendidikan yang terbaik. Hasilnya pada hari ini terdapat sebanyak 69 buah SBP di seluruh negara dan murid-murid keluaran SBP ini merupakan antara tokoh-tokoh penting dalam mencorak pentadbiran serta memegang jawatan tertinggi dalam kepimpinan negara pada masa kini.

Go to top